Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bai/.bai/] | باءيق ٢

Definisi : 1 terhormat dan terpuji (ttg tingkah laku, budi pekerti dsb); tidak jahat: orang ~. 2 dgn sungguh-sungguh; dgn tekun: Belajarlah ~ supaya lulus dlm peperiksaan. 3 hati-hati; ingat-ingat: ~ sewaktu melintas di jalan raya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baik-baik

Puisi
 

Baik-baik menebang jati,
     Biar serpih tumbang jangan;
Baik-baik mencari ganti,
     Biar terlebih kurang jangan.


Lihat selanjutnya...(230)
Peribahasa

Taruh beras dalam padi.

Bermaksud :

Rahsia hendaklah disimpan baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada beras, taruh dalam padi).

 

Lihat selanjutnya...(335)

335

Look before you leap

Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).

Pukul anjing tengok-tengok tuannya

I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.

Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi pukul anjing tengok-tengok tuannya . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(109)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti dedalu api hinggap ke pohon kayu: hinggap ke batang, batangnya mati; hinggap ke ranting, rantingnya patah.Orang yang jahat (khianat) apabila berhimpun dengan orang baik-baik, nescaya binasalah orang baik-baik itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Taruh beras dalam padi.Rahsia hendaklah disimpan baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada beras, taruh dalam padi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Emas berpeti, kerbau berkandang.Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau berkandung, emas berpura).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerbau kandang, emas berpura.Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Emas berpeti, kerbau berkandang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Musang berbulu ayam.Orang jahat menyamar sebagai orang baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Serigala berbulu domba).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Serigala berbulu domba.Orang jahat menyamar sebagai orang baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Musang berbulu ayam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada beras, taruh dalam padi.Rahsia hendaklah disimpan baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Taruh beras dalam padi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diperluas parak, tidak disiangi.Kalau mata pencarian sudah bertambah, hendaklah dijaga dengan baik-baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di mana kayu bengkok, di sanalah musang meniti.Tempat yang tidak dijaga baik-baik, di situlah pencuri datang; siapa lengah akan mendapat bencana; orang yang bodoh mudah kena tipu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Malu, kalau (= jikalau) anak harimau menjadi anak kambing.Tidak patut anak orang baik-baik menjadi bodoh; atau anak orang berani menjadi penakut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas