| Lagi teduh lagi berkajang. | Melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hukum yang rata, adat yang datar. | Sesuatu yang sama baiknya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menggenggam erat, membuhul mati. | Perjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengebat erat-erat, membuhul mati-mati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Apakah gunanya memasang dian di tengah hari, jika malam alangkah baiknya. | Perkara yang sudah diketahui orang tak perlu diterangkan lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar. | Menggunakan waktu dengan sebaik-baiknya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau bangkai galikan kuburnya, kalau hidup sediakan buaiannya. | Pertimbangan tentang buruk baiknya sesuatu itu hendaklah diperbuat sesudah kejadiannya berlaku. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengebat erat-erat, membuhul mati-mati. | Perjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggenggam erat, membuhul mati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya. | Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Meragakan pakaian cantik kepada si buta, b. Meragakan suara kepada si pekak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan. | Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memakan habis-habis, menyuruk [menyorok] hilang-hilang, b. Menyuruk [menyorok] hilang-hilang, memakan habis-habis). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menyuruk (menyorok) hilang-hilang, memakan habis-habis. | Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memakan habis-habis, menyuruk [menyorok] hilang-hilang, b. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |