Bagai bajak wangkang makan diangkat. | Orang yang gemar dipuji. bajak = perompak; wangkang = perahu besar; bajak wangkang = tenggala yang selalu mesti diangkat-angkat waktu menggunakannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bajak sudah terdorong ke bencah. | Sudah tak dapat ditarik kembali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bajak selalu di tanah yang lembut. | Orang yang lemah selalu menderita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bajak patah, banteng terambau. | Kemalangan yang datangnya silih berganti. banteng = lembu; terambau = masuk jurang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dulu bajak daripada jawi. | Bekerja dengan tidak menurut peraturan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Untuk bajak kait, untuk cangkul unjur. | Serba tanggung. kait = bengkok, lentuk hujungnya; unjur = terentang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengereng-ereng bagai sangkal makan. | Marah yang amat sangat. ereng = miring; sangkal = mata bajak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mayat sudah di tepi kubur. | Pekerjaan yang sudah terlanjur, mahu tidak mahu harus dikerjakan sampai selesai; pekerjaan yang sangat mudah. (Bandingkan dengan: a. Bajak sudah terdorong ke bencah, b. Ibarat beban sudah ke tepi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |