Campak baju nampak kurap. | Mendedahkan keburukan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu. | Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Koyak baju mahu ukur badan. | Merosakkan sesuatu yang hendak disempurnakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencabik baju di dada. | Menceritakan aib kaum keluarga sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ukur baju di badan sendiri. | Kejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Biasa di sayak dibawa ke dulang, biasa kepada awak dibawa kepada orang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai memakai baju pinjaman. | Tidak pada tempatnya, sehingga canggung kelihatannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai melulus baju sempit, bagai terbuang kesisipan. | Berasa senang kerana terlepas daripada kesukaran. kesisipan = kemasukan duri dalam daging. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengukur baju di badan sendiri. | Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengenakan baju di badan maka sesuai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengenakan baju di badan maka sesuai. | Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengukur baju di badan sendiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kelik-kelik dalam baju. | Musuh dalam selimut. kelik-kelik = semut yang berbisa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |