| Mengukur baju di badan sendiri. | Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengenakan baju di badan maka sesuai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengenakan baju di badan maka sesuai. | Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengukur baju di badan sendiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Campak baju nampak kurap. | Mendedahkan keburukan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mencabik baju di dada. | Menceritakan aib kaum keluarga sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Koyak baju mahu ukur badan. | Merosakkan sesuatu yang hendak disempurnakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai memakai baju pinjaman. | Tidak pada tempatnya, sehingga canggung kelihatannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memelihara penyengat dalam baju. | Mempunyai musuh dalam rumah tangga sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kelik-kelik dalam baju. | Musuh dalam selimut. kelik-kelik = semut yang berbisa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sayangkan kain, buangkan baju; sayangkan lain, buangkan aku. | Isteri yang mencari kekasih lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai melulus baju sempit, bagai terbuang kesisipan. | Berasa senang kerana terlepas daripada kesukaran. kesisipan = kemasukan duri dalam daging. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |