Bagaimana rupa begitulah bayangnya. | Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bapa burik anaknya tentu rintik. | Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bagaimana rupa begitulah bayangnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya. | Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama ayam menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga. | Perangai atau kelakuan baka tiada siapa yang dapat mengubahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |