Jerat tiada lupa akan balam, tetapi balam lupa akan jerat. | Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam. balam = burung tekukur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memikat balam dengan balam. | Mencari wang dengan wang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak memikat balam, balam jugalah penunggunya. | Hendak mencari orang pandai, maka orang yang pandai pulalah yang tahu mencarinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai tanah pelempar balam; kalau mujur tiba di balam, kalau tidak surut ke tanah. | Usaha yang tidak bersungguh-sungguh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Balam dua sesangkar. | Seorang perempuan dicintai oleh dua orang lelaki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Balam dengan ketitiran. | Selalu bertengkar. ketitiran = merbuk, perkutut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pejatian balam padi rebah. | Sesuatu yang sangat diinginkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |