Bangkai gajah busuk di hutan hendak ditanam, pekung di kaki sendiri dibiarkan meroyak. | Keburukan orang hendak ditutup, keburukan sendiri dibiarkan terdedah. pekung = tokak; meroyak = merambat ke kiri ke kanan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bangkai gajah bolehkah ditutup dengan nyiru? | Kejahatan yang besar tidak dapat disembunyikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau bangkai galikan kuburnya, kalau hidup sediakan buaiannya. | Pertimbangan tentang buruk baiknya sesuatu itu hendaklah diperbuat sesudah kejadiannya berlaku. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menjemur bangkai ke atas bukit. | Memperlihatkan aib dan cela diri dan kaum keluarga sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada bangkai, adalah hering. | Ada perempuan jahat, adalah lelaki jahat yang mengunjunginya. hering = burung pemakan bangkai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai biawak mengulangi bangkai. | Lelaki yang suka pergi ke tempat perempuan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti anjing mengulangi bangkai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti anjing mengulangi bangkai. | Lelaki yang suka pergi ke tempat perempuan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai biawak mengulangi bangkai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti anjing beroleh bangkai. | Orang yang tamak mendapat sesuatu barang dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti buaya bertemu bangkai hanyut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti buaya bertemu bangkai hanyut. | Orang yang tamak mendapat sesuatu barang dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti anjing beroleh bangkai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takut di hantu, terpeluk ke bangkai. | Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan hantu, lari ke pandam, b. Takut akan mayat terpeluk bangkai, c. Takut titik lalu tumpah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |