Membangkit-bangkit batang terendam. | Mengadakan sesuatu yang telah lama hilang (seperti mengangkat penghulu, ketua dan sebagainya yang sudah lama tidak ada). (Bandingkan dengan: Membalik-balik mayat di kubur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang. | Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membalik-balik kaji. | Membangkit-bangkit perkara yang telah lama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri. | Hendak berlagak seperti orang tua-tua. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri). uri = tembuni. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ditempuh nyamuk terbalik, ditindih lalat tak dapat bangkit. | Terlalu lemah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mata tidur, bantal berjaga. | Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang, b. Mata kejam, bantal membuat ragam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mata kejam, bantal membuat ragam. | Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang). ragam = tingkah laku. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah. | Hendak berlagak seperti orang tua-tua. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri, b. Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |