Bangsa teling tipis. | Orang yang lekas marah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bangsa bermuka papan. | Tidak bermalu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli. | Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebab bahasa menunjukkan bangsa. | Budi bahasa yang halus menunjukkan bangsa yang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hilang bahasa lenyap bangsa. | Apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bahasa menunjukkan bangsa. | Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebagai durian, pangsa menunjukkan bangsa. | Daripada kelakuan (perkataan) dapat dikenal asal usulnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Daun mengenalkan pohonnya, b. Sebab buah dikenal pohonnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang. | Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menyeberangi jambatan emas. | Berjuang untuk mencapai kebahagiaan bagi nusa dan bangsa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tunggang hilang berani mati. | Tiada gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela bangsa dan negara. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |