| Rumah gedang bersendi perak. | Bangsawan lagi kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Cacing menelan naga. | Anak orang bangsawan diperisteri oleh orang kebanyakan; orang yang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah. (Bandingkan dengan: Seekor cacing menelan naga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti permata salah serudi. | Orang bangsawan yang tidak berpengetahuan dan tiada tahu sopan santun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Naga ditelan ular lidi. | Anak orang bangsawan kahwin dengan orang kebanyakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tidak sama air hujan dengan air telaga. | Orang bangsawan dengan orang biasa tidak sama derajatnya (darjatnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gajah mati dicatuk katak. | Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah dialahkan oleh pelanduk, b. Gajah ditelan ular lidi, c. Mati dicatuk katak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gajah ditelan ular lidi. | Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah dialahkan oleh pelanduk, b. Gajah mati dicatuk katak, c. Mati dicatuk katak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gajah dialahkan oleh pelanduk. | Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jangan bagai babi merasa gulai. | Orang yang hina tidak patut berjodoh dengan orang bangsawan. Bandingkan dengan: Babi merasa gulai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Matilah kuman kena pelantik, sekalian alam melimpah darahnya. | Orang biasa yang kahwin dengan orang bangsawan, sehingga menjadi buah percakapan di merata-rata tempat. pelantik = belantik, tombak yang berpegas untuk membunuh binatang perburuan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |