Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.tal.ban.tal] | بنتل٢

Definisi : 1. benda yg menyerupai bantal; 2. bantal kecil tempat jarum (peniti dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bantal-bantal

Puisi
 

Tirai perak kelambu perak,
     Bantal emas tikar suasa;
Bercerai kasih bertemu tidak,
     Jauh bergantung di atas udara.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Kepala rebah mata melayang,
     bantal bangkit main wayang.

Bermaksud :

Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Mata tidur, bantal berjaga.Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang, b. Mata kejam, bantal membuat ragam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang.Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lepas bantal berganti tikar.Kahwin dengan saudara atau keluarga isteri yang sudah meninggal.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mata kejam, bantal membuat ragam.Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang). ragam = tingkah laku.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang mengantuk disorongkan bantal.Memperoleh apa yang diingininya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Orang haus diberi air, b. Orang lapar diberi nasi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah harimau di hutan hendak diburu, pijat-pijat di bantal tak dapat dihapuskan.Kejahatan orang besar dan orang yang lebih kuat daripada kita hendak dibasmi, kejahatan anak buah sendiri di rumah tiada dapat di atasi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang lapar diberi nasi.Memperoleh apa yang diingininya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Orang haus diberi air, b. Orang mengantuk disorongkan bantal).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas