Berulas tangan dan lidah. | Mendapat bantuan tenaga dan nasihat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Minta darah pada daing. | Minta bantuan pada orang yang tidak punya. (Peribahasa lain yang sama makna: Minta darah pada dabung). daing = dendeng. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Minta darah pada dabung. | Minta bantuan pada orang yang tidak punya. dabung (berdabung) = berpepat gigi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Minta dedak kepada orang mengubik. | Minta bantuan pada orang yang tidak punya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Minta darah pada dabung, b. Minta darah pada daing). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai geluk tinggal di air. | Orang yang melarat hanya mengharap bantuan orang. geluk = timba daripada tempurung kelapa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti anjing lapar mendapat tulang, daging segumpal dan sekeping apam. | Bantuan yang diperoleh tepat pada waktunya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam berinduk, sirih berjunjung. | Tiap-tiap yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Karam di darat ada juga tinggal tungku lekar, karam di laut habis sekali. | Kalau susah dalam negeri sendiri, dapat juga diminta bantuan pada sanak saudara, tetapi kalau susah di rantau orang hilanglah akal bicara. lekar = penyangga (lapik) kuali diperbuat daripada rotan atau lidi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang. | Hendaklah berusaha sendiri untuk mencapai kemuliaan dalam hidup, jangan mengharapkan sangat kepada bantuan orang. emas pembawa = harta pemberian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dipegang lengan sudah bak lengan, dipegang betis sudah bak betis. | Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong. (Peribahasa lain yang sama makna: Dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |