Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. | Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya. (Biasa juga: Ramai beragam, rimbun menyelara). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menggeriak bagai anak nangui. | Banyak sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anak nangui). geriak = berkerumun banyak-banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Amak berlela, amak berupa. | Banyak tabiat, banyak olehnya. amak = terlalu banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Makin banyak orang, makin banyak niat. | Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa. | Banyak pengalaman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Besar periuk besar kerak. | Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar kayu besar bahannya, b. Gedang kayu, gedang dahannya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Besar kayu besar bahannya. | Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Gedang kayu, gedang dahannya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gedang kayu, gedang dahannya. | Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar kayu besar bahannya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Banyak tukang di mata dan di mulut, sedikit tukang di tangan. | Pandai berkata-kata saja tetapi tidak pandai mengerjakannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Banyak habis, sedikit sedang. | Tentang membelanjakan wang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |