Menepung tiada berberas. | Banyak cakap, tiada buktinya, berbuat sesuatu tanpa alat syaratnya. (Bandingkan dengan: Seperti hendak menepung tiada berberas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tinggi kelepur, rendah tikam. | Banyak cakap, tetapi tidak ada buktinya; sombong. (Peribahasa lain yang sama makna: Tinggi gelepur, rendah laga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tinggi gelepur, rendah laga. | Banyak cakap, tetapi tidak ada buktinya; sombong. (Peribahasa lain yang sama makna: Tinggi kelepur, rendah tikam). gelepur = melompat menyerang kelepur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak(nya) saja yang besar, masuknya tak (se)berapa. | Banyak cakap, tetapi buktinya sedikit sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siapa cerdik tinggi naik, siapa calak menang berhitung. | Orang yang pandai berkata-kata, meskipun bersalah, dipercayai orang jua. calak = banyak cakap; berhitung = berunding. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sedikit hujan banyak yang basah. | Kecelakaan kecil membawa akibat yang besar; pengetahuan sedikit tetapi cakap besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |