Jangan meludah ke langit. | Jangan mengeji (mencela) ibu bapa atau saudara mara sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta, kasih ibu sama rata, kasih sahabat sama binasa. | Kasih yang sama beradalah kasih yang sempurna, sebab biar bagaimanapun kasih seseorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Badan bersaudara; emas perak tiada bersaudara; kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta yang ada, kasih ibu sama rata; kasih sahabat sama binasa. | Bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan, tetapi dengan mudah juga dapat diceraikan, kerana orang lebih mengutamakan harta-benda. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |