| Rambut bapanya sudah pindah ke kepalanya (sendiri). | Orang muda yang sudah pandai seperti orang tua-tua; orang muda yang tahu segala buruk dan baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagaimana rupa begitulah bayangnya. | Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bapa burik anaknya tentu rintik. | Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bagaimana rupa begitulah bayangnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kering tempayan, cebok pun jauhlah. | Setelah harta ibu bapanya habis, anak-anak pun menjauhkan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Minyak duyung perendang duyung. | Menghabiskan harta tuannya (= ibu bapanya) sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya. | Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Upah bidan pun tak terbayar. | Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menyisip keris tak bersarung di pinggang. | Memelihara anak tanpa memberi ilmu pengetahuan akhirnya menyusahkan ibu bapanya juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kecil anak besar onak. | Anak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kecil-kecil anak sudah besar menjadi onak. | Anak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil anak besar onak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |