Genggam bara api biar sampai jadi arang. | Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terpijak bara hangat. | Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai tidur di atas miang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan. | Melakukan sesuatu pekerjaan dengan setengah-setengah hati, terasa sukar, lalu ditinggalkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tarik puntung padamlah bara. | Berbuat sesuka hati kerana sudah tidak ada bahaya lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sungkal tak berbalik, unggun padam bara. | Pekerjaan yang tidak berfaedah baik dikerjakan ataupun tidak. sungkal = pengunjam tenggala. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai tidur di atas miang. | Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Terpijak bara hangat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |