Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.rang] | بارڠ

Definisi : 1 segala macam perkakas rumah dan perhiasan: ~-~nya dijaga dgn baik. 2 benda secara umum atau sesuatu yg wujud: Saya hendak ke kedai membeli ~ makanan. kereta ~ kereta utk membawa bermacam-macam benda. 3 lebih kurang; kira-kira: Tolong belikan saya buah kundang ~ sekati. 4 apa-apa saja: ~ katanya, tidak dpt dibantah lagi. ~ gelap barang yg dibawa masuk atau keluar secara tidak sah (spt diseludup). ~ kemas barang pakaian wanita yg berharga yg dibuat drpd emas dsb (spt cincin, rantai leher). ~ keperluan barang yg diperlukan dlm kehidupan. ~ kes barang (spt senjata, dompet), dokumen dsb yg dikemukakan dlm mahkamah sbg bukti utk sesuatu kes perbicaraan. ~ mewah barang yg mahal dan indah yg dpt memberi kepuasan tetapi bukan barang keperluan. ~ niaga barang yg diperniagakan. barangan ist benda atau perkhidmatan yg diperjualbelikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barang

Puisi
 

Cincin ini dari Yaman,
     Pakai tangan jari kanan;
Barang ini barang makanan,
     Kalau tak makan rasa kempunan.


Lihat selanjutnya...(60)
Peribahasa

Apalagi sawa,
     ia berkehendakkan ayamlah!

Bermaksud :

Orang yang suka mencari barang-barang yang digemarinya.

 

Lihat selanjutnya...(78)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai siamang kurang kayu.Sangat susah hati kerana kekurangan barang-barang keperluan. (Bandingkan dengan: Bagai bunyi siamang kenyang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Apalagi sawa, ia berkehendakkan ayamlah!Orang yang suka mencari barang-barang yang digemarinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilang penjahit berkerbau-kerbau.Lebih banyak ongkos perkara daripada harga barang-barang yang diperkarakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Penjahit hilang di tiga hari dengan kerbau.Lebih banyak ongkos perkara daripada harga barang-barang yang diperkarakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang penjahit berkerbau-kerbau).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jadi dinding lasak peti manian.Orang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana pencalang tersarat, tiada ke timur tiada ke barat.Orang yang sudah berpakaian cantik, tetapi duduk di dalam rumah saja. pencalang = perahu besar untuk memuat barang-barang dagangan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Barang yang jauh hendak dicekau, tangan pendek dihubung tak sampai.Keinginan terlalu amat, tetapi tidak ada daya upaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Barang yang dikata, itulah kota.Janji hendaklah ditepati. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa yang berkata harus berkota).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Barang siapa yang berketuk, ialah yang bertelur.Siapa yang berasa bila disindir maka dialah yang bersalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa berkotek, siapa bertelur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Barang siapa menggali lubang, dialah yang akan terperosok ke dalamnya dulu.Siapa yang mencari jalan hendak menjatuhkan orang, maka dia sendiri kelak akan mendapat kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678

Kembali ke atas