Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau. | Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai [= laut]). kepala pulau = tepi sungai yang menghadap mudik, tempat batang-batang tersangkut apabila air bah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Batang jangan dibongkar-bongkar, takutkan cacing di bawahnya berlingkar; lain rotan lain akar, walaupun sama boleh dibuat lekar. | Nasib tiap-tiap orang serupa saja, Cuma derajat (darjat) dan kedudukannya saja yang berlainan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang. | Orang berkelahi atau bertengkar yang akhirnya berbaik kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biduk lalu kiambang bertaut. | Dua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Bandingkan dengan: Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bengkok batang bengkoklah bayangnya. | Mengikut ajaran yang salah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana batang manau, seribu kali embat haram tak putus. | Sangat kuat dan teguh. embat = pukul; manau = rotan besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menggolek batang terguling. | Mengerjakan pekerjaan yang mudah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengalangkan batang leher. | Menyabung nyawa kerana hendak menolong seseorang. alang = lintang, tahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sungguhpun batang merdeka, ingat pucuk akan terempas. | Sesuatu pekerjaan hendaklah dikaji dengan masak-masak dari mula sampai ke akhirnya supaya selamat dan sempurna. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepuluh batang bertindih, yang di bawah juga yang luluh = terhimpit. | Biarpun banyak menerima pertolongan orang pada waktu peralatan kahwin tetapi yang menanggung kerugian ialah orang yang mengadakannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |