Rindu akan jadi batasnya, maka manis tidak jadi cuka. | Pergaulan yang terlalu mesra, kerap kali berakhir dengan dendam kesumat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nafsu tidak bertepi. | Keinginan hati manusia tidak ada batasnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Duri di hutan siapa pertajam. | Kekuasaan Tuhan tidak ada batasnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendakkan halus, genting; genting putus sudahnya. | Perbuatan yang melebihi batasnya tentu tidak selamat dan akhirnya akan mendatangkan kerugian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang hidup sesarkan mati. | Tiap-tiap suatu itu ada batasnya dan ada pula penggantinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mulut hang lebih daripada gedembai. | Berkata-kata dengan tak ada batasnya kerap kali mencelakakan diri sendiri. hang = engkau; gedembai = gergasi, raksasa yang mengubah orang menjadi batu kalau kena tegurannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah dahaga sampai pula telaga kering. | Kesusahan yang tidak ada batasnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sawah berpermatang (= berpiring), ladang berbintalak. | Segala apa pun harus ada batasnya. bintalak = batas sebuah ladang dengan ladang yang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mulut kamu harimau kamu, mengerkah batu kepala kamu. | Berkata-kata dengan tak ada batasnya kerap kali mencelakakan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mulut hang lebih daripada gedembai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |