Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batu

Puisi
 

Bukit bernama Bukit Pandan,
     Tempat orang tembak batu;
Batu canai disangka intan,
     Bila dilihat baru tahu.


Lihat selanjutnya...(156)
Peribahasa

Batu yang selalu bergolek itu tak dilekati lumut.

Bermaksud :

Orang yang suka berpindah-pindah pekerjaan itu tidak mungkin mencapai kemajuan dalam hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(70)

264

There is no place like home.

Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri

My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, there is no place like home.

Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai kerakap tumbuh di batu (= atas batu).Hidup dalam kemelaratan. kerakap = sebangsa sirih tetapi tidak dimakan orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Batu yang selalu bergolek itu tak dilekati lumut.Orang yang suka berpindah-pindah pekerjaan itu tidak mungkin mencapai kemajuan dalam hidupnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Batu yang selalu bergolek di dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut.Orang yang mahir dalam undang-undang, biasanya jarang terkena tipu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Batu yang keras air pelekuknya; hati yang keras lidah pelembutnya.Orang yang keras hati dapat dipujuk dengan perkataan yang lemah-lembut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Batu pun empuk, jangankan hati manusia.Perkataan yang lemak manis dapat menawan hati yang keras.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Batu direbus masakan empuk.Orang bodoh tak dapat diberi ajaran.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Batu bulat tak bersanding.Orang yang tidak mempunyai perasaan takut. sanding = dekat, damping.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Batu kecil berguling naik, batu besar berguling turun.Orang biasa menjadi mulia kerana harta; orang mulia menjadi hina sebab tiada berharta.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berbunyi batu berbunyilah dia.Tidak dapat berkata-kata kerana tembelangnya sudah pecah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lekuk batu dititik air selalu.Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234567

Kembali ke atas