| Di bawah lancung nan tiris. | Seseorang yang mendapat kehinaan, merasa dirinya rendah sekali. di bawah lancung = di bawah barang yang palsu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak. | Hendaklah insaf bahawa sekalian yang hidup itu akan mati juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berteduh di bawah betung. | Mendapat pertolongan yang tidak memadai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau di bawah melompat, kalau di atas menyusup. | Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan setempat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kepala ke bawah, kaki ke atas. | Bekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Kaki naik, kepala turun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Katak di bawah tempurung. | Sangat picik pengetahuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mat di bawah dagu. | Kalah dengan tiba-tiba atau tertipu di depan mata. mat (emat) = kata peringatan dalam permainan catur, mengatakan bahawa raja atau wazir terancam bahaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Semalam di bawah nyiur pinang orang, kata orang diturut. | Hendaklah menurut adat istiadat di negeri yang kita tumpangi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Telaga di bawah gunung. | Perempuan yang membawa untung dan bahagia kepada suaminya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Di bawah ketiak orang. | Di bawah kekuasaan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |