| Bayang-bayang tidak sepanjang badan. | Berbuat sesuatu melebihi kemampuan sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bayang-bayang sepanjang badan (= tubuh). | Berpadanan dengan tenaga; yang lahir serupa dengan yang batin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bayang-bayang disangka tubuh. | Mengharapkan sesuatu yang belum pasti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Takut akan bayang-bayang. | Takut akan sesuatu yang sebenarnya tidak ada. (Bandingkan dengan: Takutkan bayang-bayangnya sendiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Takutkan bayang-bayangnya sendiri. | Rasa takut kerana perbuatannya yang salah. (Bandingkan dengan: Takut akan bayang-bayang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Melihat bayang-bayangnya di air. | Gilakan sesuatu yang tak mungkin diperoleh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kurus kering seperti bayang; siapa pun tiada menaruh sayang. | Kurus sekali kerana sakit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |