Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata begitulah

Puisi
 

Inderagiri pasirnya lumat,
     Garam bercampur dengan lokan;
Umpama nabi kasihkan umat,
     Begitulah saya kasihkan tuan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagaimana tepuk begitulah tarinya.Bagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagaimana rupa begitulah bayangnya.Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya.Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bapa burik anaknya tentu rintik.Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bagaimana rupa begitulah bayangnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya.Bagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagaimana ditanam, begitulah dituai.Berbuat jahat dibalas jahat; berbuat baik dibalas baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berapa panjang sarung begitulah kerisnya.Berbuat sesuatu hendaklah menurut kesanggupan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Berapa panjang lunjur, begitulah panjang selimut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berapa panjang lunjur, begitulah panjang selimut.Berbuat sesuatu hendaklah menurut kesanggupan diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seberapa panjang sarung, begitulah panjang matanya.Perangai (perkataan) yang baik atau jahat menunjukkan sedikit banyaknya ilmu seseorang. sarung = sarung keris atau sarung pisau.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas