Bagai belacan dikerat dua: yang pergi busuk, yang tinggal hanyir. | Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua-dua belah pihak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kera (= monyet) kena belacan. | Sangat gelisah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Karam sambal oleh belacan. | Mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Karam Kampar oleh Kuantan, b. Rosak anak oleh menantu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai. | Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rosak anak oleh menantu. | Mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Karam Kampar oleh Kuantan, b. Karam sambal oleh belacan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |