Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belah;

Puisi
 

Belah buluh jangan diusik,
     Kalau diusik menjadi bilah;
Bunga tangguh jangan dikutip,
     Kalau dikutip menjadi salah.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Ditetak belah dipalu belah,
     tembikar juga akan jadinya.

Bermaksud :

Walau diseksa atau disakiti sekalipun, namun kesudahannya menjadi mayat juga.

 

Lihat selanjutnya...(23)

270

A house devided against itself cannot stand

Sesebuah kumpulan atau persatuan itu akan menjadi lemah jika anggota-anggotanya bertelagah dan berpecah belah.

Kuat lilit kerana simpulnya

We failed in our demand to get better pay as some of the workers sided with the employer while some were reluctant to join the strike - a house devided against itself cannot stand.

Kami gagal dalam tuntutan naik gaji berikutan sesetengah pekerja menyebelahi pihak majikan manakala yang lain pula keberatan untuk menyertai mogok itu - kuat lilit kerana simpulnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Dititik belah, dipalu belah (= datar).Sesuatu kerosakan yang tak dapat diperbaiki lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ditetak belah dipalu belah, tembikar juga akan jadinya.Walau diseksa atau disakiti sekalipun, namun kesudahannya menjadi mayat juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belah dada lihatlah hati.Berkata benar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Retak menanti (= mencari, tanda akan) belah (= pecah).Sesuatu yang sudah pasti akan berlaku. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecah menanti sebab, retak menanti belah, b. Raga menanti pecah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pecah menanti sebab, retak menanti belah.Sesuatu yang sudah pasti akan berlaku.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Salah cotok terkudung paruh, salah telan belah perut.Melakukan pekerjaan yang salah tak dapat tiada akan menerima akibatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti pedang bermata dua.Menarik keuntungan daripada kedua belah pihak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti parang [= pisau] mata dua).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti gergaji dua mata.Mencari keuntungan daripada kedua belah pihak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air besar, batu bersibak.Saudara dan sahabat berpecah-belah apabila timbul perselisihan besar. sibak = cerai, menepi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti parang (= pisau) mata dua.Menarik keuntungan daripada kedua belah pihak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pedang bermata dua).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas