Baru belajar duduk, lepang sudah hendak memanjat tiang. | Belum lagi cukup umur sudah hendak berlagak seperti orang tua-tua. lepang = sejenis pohon. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam baru belajar berkokok. | Baru cukup umur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai. | Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang ahli dalam perkara itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lekuk batu dititik air selalu. | Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mutiara tiada dimuntahkan timbul oleh laut. | Ilmu diperoleh dengan belajar atau dengan pengalaman yang bersusah payah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membuat mahu menuras tidak. | Membuat sesuatu pekerjaan, tetapi malas belajar untuk menambahkan pengetahuannya tentang pekerjaan tersebut. menuras = menapis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam. | Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lekuk batu dititik air selalu, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga. | Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam, b. Lekuk batu dititik air selalu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |