Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor. | Bercakap besar di belakang-belakang saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam. | Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lekuk batu dititik air selalu, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Balik belakang lain bicara. | Mungkir janji. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula. | Menghadapi seseorang yang kita kasihi, yang menyebabkan kita menjadi serba-salah. mengeting = memotong urat keting. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengasah belakang kapak, bilakah tajamnya? | Mengajar orang malas, bilakah akan pandai? | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menetak dengan belakang parang. | Menyuruh orang malas bekerja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berjalan dari pintu belakang. | Tidak jujur, tidak menurut aturan yang sah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berhadap kasih mesra, balik belakang lain bicara. | Tidak teguh janji. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Datang nampak muka, pergi nampak belakang. | Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga. | Selalu kembali ke tempat asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sebagaimana tangan di lenggang, ke ketiak juga lekatnya, b. Setinggi-tinggi melambung surutnya ke tanah juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |