Belalang hendak menjadi elang. | Orang bodoh (= hina) hendak berlaku sebagai orang besar (= pandai-pandai). (Bandingkan dengan: Di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang!). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang! | Orang yang mengaku dirinya pandai atau mempunyai kelebihan, apabila diketahuinya di tempat itu tidak ada orang yang pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: Belalang hendak menjadi elang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belalang disangka elang. | Tiada pernah melihat sesuatu yang lebih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belalang dapat menuai. | Mendapat keuntungan tidak dengan sengaja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mata belalang belum pecah, sudah hendak membuta. | Terlalu lekas masuk ke tempat tidur. membuta = tidur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai mencari belalang di atas akar. | Mengerjakan pekerjaan yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mujur Pak Belalang. | Beruntung secara kebetulan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lain padang lain belalang. | Adat negeri selalu berlain-lainan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain lubuk, lain ikannya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tenung-tenung Pak Belalang. | Asal menerka atau meramalkan saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja. | Pemberian yang tidak ada ertinya. (Bandingkan dengan: Memberi garam kepada laut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |