Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belanja;

Puisi
 

Kuala Jengal pasir melayang,
     Nampak dari Teluk Belanja;
Saya sungguh berasa sayang,
     Di situ tempat hendak bermanja.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Rajin bekerja mudah belanja.

Bermaksud :

Orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Nasi disaji pula digaduhkan, padi di ladang dilanyak gajah tidak disusahkan.Belanja yang sedikit yang digaduhkan, sedangkan belanja yang besar tidak dihiraukan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rajin bekerja mudah belanja.Orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Besar suap daripada mulut.Belanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar, b. Besar senggulung daripada beban).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Besar senggulung daripada beban.Belanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harap lenggang serdadu, destar teleng, belanja kurang.Gaya saja yang gagah, tetapi tidak berwang. lenggang serdadu = sikap yang gagah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kecil bahan besar penimpanya.Belanja lebih banyak daripada penghasilan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masuk tiga, keluar empat.Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar]) lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh, c. Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masuk lima keluar sepuluh.Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar] lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sempit bertelempu, lega berlunjur.Sesuaikanlah belanja dengan penghasilan. telempu = timpuh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tinggi duduk daripada cangkung.Besar belanja daripada hasil pencarian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas