Belukar sudah menjadi rimba. | Kesalahan yang tidak dapat diperbaiki lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dari semak ke belukar. | Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Termasuk ke dalam belukar onak. | Terlibat dalam kesukaran dan tidak dapat melepaskan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. | Tiada semuafakat dalam sesuatu perbincangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertelau-telau seperti panas di belukar. | Perintah yang tidak sama atau tidak tetap. telau = belang yang berwarna lebih muda. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seutas rotan ditarik, bergegar hutan belukar; riuh bunyi kera dan lotong. | Jika seseorang anggota keluarga mendapat aniaya maka marahlah sekalian kaum keluarganya dan sekalian sahabat handainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dikatakan berhuma lebar, sesapan di halaman. | Memegahkan harta milik dan kebolehannya, tetapi harta milik dan kebolehannya itu tidak seberapa. sesapan = semak belukar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dapat kijang teruit. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat tebu rebah). teruit = tersangkut kaki atau tanduk pada akar atau belukar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |