Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masak (adjektif)
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan tua, matang, ranum,
Berantonim dengan muda

2. Dalam konteks daging
bersinonim dengan empuk, lembut, lunak,
Berantonim dengan mentah

2. Bersinonim dengan matang: berpengalaman, berumur, dewasa, tua,
Berantonim dengan mentah

Kata Terbitan : memasak, masakan, pemasak,

Puisi
 

Masak nasi bergulai belum,
     Nanti udang dari kuala;
Sarat muatan belayar belum,
     Nanti turun angin utara.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Sementara menanti padi masak,
     berjagung-jagunglah dulu.

Bermaksud :

Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak.Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sementara menanti padi masak, berjagung-jagunglah dulu, b. Sementara mendapat rotan, akar-akar pun jadilah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sementara menanti padi masak, berjagung-jagunglah dulu.Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sementara mendapat rotan, akar-akar pun jadilah.Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak, b. Sementara menanti pada masak, berjagung-jgunglah dulu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buah masak merah belum tentu manis rasanya.Orang yang elok rupanya itu belum tentu perangainya baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas