Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lut] | بلوت

Definisi : sj ikan yg panjang (spt ular) dan licin (hidup dlm lumpur), Monopterus albus; ~ laut belin, Echidna spp.; ~ kena ranjau (getah) prb orang yg cerdik kena tipu; bagai ~ digetir (diketil) ekor prb cepat sekali; bagai menyukat ~ hidup prb pekerjaan yg sia-sia; bagai ~ diregang prb orang yg tinggi dan kurus (atau sakit pinggang); licin bagai ~ prb tiada mudah ditipu (cerdik); spt ~ pulang ke lumpur prb orang yg telah balik ke tempat asalnya dan payah akan pergi lagi;berbelut Mn menangkap belut; bagai si kudung pergi ~ prb pekerjaan yg sia-sia kerana tidak berkeupayaan melakukannya; kena kecipak orang ~ prb tidak terlibat (mendapat kesulitan) dlm perkara orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lut] | بلوت

Definisi : nama sj ikan yg panjang lagi licin kulitnya dan biasanya terdapat dlm lumpur, Fluta alba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belut

Puisi
 

Kalau tuan menggulai belut,
     Menggulai mari dengan pengatan;
Kalau hati sudah susut,
     Tanah di Benut kutinggalkan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Belut jatuh ke lumpur.

Bermaksud :

Senang sekali.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Belut kena ranjau (= getah).Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat, b. Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal [= terjatuh] juga, c. Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belut jatuh ke lumpur.Senang sekali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai belut diregang.Tinggi dan kurus.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai belut digetir (= diketil) ekor.Cepat sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pantasnya seperti kilat, b. Seperti kilat pantasnya). digetir = dicubit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menyukat belut.Pekerjaan yang tak mungkin berhasil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai menyukat belut hidup.Melakukan pekerjaan yang sulit. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menyukat anak ayam, masuk empat keluar lima, b. Menggantang anak ayam, c. Menggantang asap, mengukir langit).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Licin bagai belut.Tidak mudah ditipu atau ditangkap.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belut pulang ke lumpur.Kembali ke asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Misai pulang ke bibir). Bandingkan dengan: Belut jatuh ke lumpur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sekerat ular, sekerat belut.Tidak tentu pihak mana yang diikuti; orang yang munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: Ular berkepala dua).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ular bercampur dengan belut, tak akan hilang bisanya.Orang yang jahat, jika bergaul dengan orang yang baik-baik tiada akan berubah tabiatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas