Benang arang orang jangan dipijak. | Jangan mencabuli rumah tangga orang. benang arang = benang yang dipakai tukang kayu untuk menggaris. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga. | Apabila jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. benang bulang = benang pengikat taji ke kaki ayam yang akan disabung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Benang bercerai-cerai bukannya kain, dek rapat tetal tenunan kain, jarum pun tidak menelusnya. | Ketangguhan bersatu padu. tetal = padat; telus = celus. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu. | Persahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti benang putih. | Menurut tanpa membantah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terpijak benang arang, hitam tapak. | Berbuat jahat, jahat balasannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dikembar seperti benang. | Perempuan yang menduakan suaminya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan memijak benang arang orang. | Jangan mencabul kehormatan rumah tangga orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana kain (= benang) putih. | Senantiasa menurut perkataan orang; kanak-kanak yang masih kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mendirikan (= menegakkan) benang basah. | Mencuba menegakkan sesuatu yang mustahil. (Peribahasa lain yang sama makna: Menegakkan sumpit tak berisi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |