Laksana lemping terbuang. | Bagi orang yang berada benda-benda yang sedikit itu tidaklah berguna tetapi bagi orang yang miskin sangatlah besar ertinya. lemping = sejenis kuih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kain pendinding miang, wang pendinding malu. | Segala sesuatu hendaklah digunakan pada tempatnya, supaya dapat mengambil faedah daripada benda-benda itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika terjamah benda bertuan, alamat nyawa akan melayang. | Orang yang mengganggu rumah tangga orang lain tak dapat tiada akan menerima akibatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jikalau menampi jangan tumpah padinya. | Memilih sesuatu benda hendaklah berhati-hati jangan sampai terbuang benda yang berguna. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sama juga kain basahan sehelai, timah sesuku, kalau tak timah pergi terasa mendapat. | Benda yang tiada berharga tiada berapa diendahkan orang, kecuali oleh orang yang benar-benar berkehendakkan benda itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti lilin baru digelek. | Benda yang lembut elok dan licin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dahan pembaji batang. | Menggunakan harta benda tuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Emas berpeti, kerbau berkandang. | Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau berkandung, emas berpura). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerbau kandang, emas berpura. | Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Emas berpeti, kerbau berkandang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lemak penyelar daging. | Memboroskan harta benda tuannya. penyelar = penggoreng. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |