Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra/] | برق

Definisi : (bérak) bk 1. najis yg keluar dr dubur, tahi; 2. buang air besar; ~ air buang air besar yg cair; ~ darah buang air besar dgn mengeluarkan darah; siapa mengaku ~ di tengah jalan prb apabila sesuatu kejahatan yg dibuat secara sulit diketahui orang, yg membuatnya tidak akan mengaku;memberaki 1. membuang air besar pd, mengotori dgn najis: ~ tempat makan sendiri; 2. ki menipu, mengkhianati: ~ kawan sendiri; 3. ki menghinakan dgn sangat;terberak terkeluar najis (tahi), berak: kerana terlalu banyak makan asam, dia ~ dlm seluar; terberak-berak terlalu kerap berak: dia ~ kerana makan asam terlalu banyak . (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra/] | برق

Definisi : /bérak/ 1 tahi; najis. 2 mengeluarkan tahi; buang air besar. memberaki 1 mengeluarkan berak pd sesuatu; mengotorkan sesuatu dgn najis: Janganlah ~ tempat makan sendiri. 2 ki melakukan pekerjaan yg jahat sesudah menerima layanan yg baik; mengkhianati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berak

Peribahasa

Siapa mengaku berak di tengah jalan?

Bermaksud :

Orang yang bersalah biasanya tidak mahu mengakui kesalahannya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Gajah hendak berak besar, kita pun hendak berak besar juga.Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah berak besar, kancil [= pelanduk] pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Siapa mengaku berak di tengah jalan?Orang yang bersalah biasanya tidak mahu mengakui kesalahannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti orang berak di tengah jalan.Terlalu pemalu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti ayam berak kapur.Rupa pucat kerana menghidap penyakit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah berak besar, kancil (= pelanduk) pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan.Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. kebebangan = tertahan; tidak dapat terus keluar; juga terbebang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah lalu kumpai layu.Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah berak besar, kancil [=pelanduk] pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan). kumpai = sebangsa rumput layu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Makan di luar berak di dalam.Mengkhianati tempat mendapat perlindungan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di mana makan di situ berak.Berbuat jahat di tempat mencari rezeki.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas