Timur beralih ke sebelah barat. | Lelaki menurut perintah perempuan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Zaman beralih, musim bertukar. | Segala sesuatu (peraturan, hukum dan sebagainya) hendaklah disesuaikan dengan keadaan zaman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Beralih kain di balik rumah; beralih cakap di balik lidah. | Tidak menepati janji. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika berpuluh-puluh kali batang beralih (= bertindih), cacing di bawah juga. | Walaupun orang besar-besar silih berganti datang dan perginya, namun rakyat tetap seperti itu juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sekali air besar, sekali tepian beranjak (= beralih). | Apabila pembesar atau pemerintahan berganti, maka peraturan-peraturannya pun akan berubah juga. (Bandingkan dengan: Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah rebana beralih ke gelanggang; tak tahu pipit tak tahu enggang, yang rapat kelak menjadi renggang. | Kalau sengaja mencari perselisihan maka hancurlah kerukunan hidup yang aman dan damai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Angin bersiru, kami tahu. | Sudah tahu akan niat seseorang. bersiru = beralih tujuan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah. | Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |