| Beranak kandung, beranak tiri: ada bersudu daun labu, ada bersudu daun lalang. | Sikap yang tidak adil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sepesan anak beranak, anaknya beranak (= menggigit) pula. | Lekas sekali berkembang biak. sepesan = lipan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Beranak tiada berbidan. | Mendapat kesusahan (kecelakaan dan sebagainya) kerana salahnya sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Belum beranak sudah berbesan. | Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jikalau beranak ikut kata bidan. | Turutlah nasihat orang yang lebih ahli daripada kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti beranak besar hidung. | Orang yang sebentar-sebentar menengok dan menunjukkan barang yang baru diperolehnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai harimau beranak muda. | Orang perempuan yang terlalu bengis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai anjing beranak enam. | Kurus sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Belum beranak sudah ditimang. | Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum beranak sudah berbesan, b. Belum menetas sudah dibilang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Belum menetas sudah dibilang. | Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum beranak sudah berbesan, b. Belum beranak sudah ditimang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |