Senduk dan periuk lagi berantuk. | Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama kambing kecil: merentak tidak memutus tali, berantuk tidak melembang bumi. | Orang yang tidak dihiraukan kerana tiada berkuasa apa-apa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk. | Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi. | Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Senduk dengan belanga lagi berlaga. | Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, c. Senduk dan periuk lagi berantuk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |