Berapa panjang lunjur, begitulah panjang selimut. | Berbuat sesuatu hendaklah menurut kesanggupan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ekor anjing berapa pun dilurut (akan dia) tiada juga betul. | Orang yang memang jahat itu tidak dapat diajar, sekali-sekala ia hendak berbuat jahat juga. (Bandingkan dengan: Seperti hendak meluruskan ekor beruk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul. | Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berapa panjang sarung begitulah kerisnya. | Berbuat sesuatu hendaklah menurut kesanggupan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Berapa panjang lunjur, begitulah panjang selimut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Negeri besar, rumah besar, berapa pun panjang perian takkan terantuk. | Orang kaya yang murah hati, biarpun banyak orang yang meminta pertolongan tiadalah ia akan jadi miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepanjang-panjang tali berhujung juga. | Biar berapa lama juga hidup, akhirnya akan mati juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak(nya) saja yang besar, masuknya tak (se)berapa. | Banyak cakap, tetapi buktinya sedikit sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berat beban yang sedikit dek hati sakit. | Kerja yang dipaksa biar berapa ringan sekalipun akan terasa berat juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Merantau ke hujung bendul. | Pergi mencari penghidupan ke tempat yang tak berapa jauh. (Peribahasa lain yang sama makna: Merantau di sudut dapur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Merantau di sudut dapur. | Pergi mencari penghidupan ke tempat yang tak berapa jauh. (Biasa juga: Merantau ke balik dapur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |