Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras. | Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, b. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang pipit sama pipit, yang enggang, sama enggang. | Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, c. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga. | Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, c. Yang pipit sama pipit, yang enggang, sama enggang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang. | Persahabatan atau perjodohan yang tidak sepadan tidak akan selamat; tiap-tiap orang mesti mencari golongannya sendiri, barulah sempurna. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti beras lembab: dijual tak laku, ditanak tak muai. | Sesuatu yang tiada berharga dan kurang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak beras antah dikisik. | Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). dikisik = ditumbuk perlahan-lahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sealak-alak beras akan penyaram. | Anggaran belanja yang secukup-cukupnya. sealak-alak = secukupnya; penyaram = semacam kuih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Si kutuk beras basah, ditampi tak berlayang, diindang tak berantah, hujungnya tidak disudu oleh itik. | Orang yang tidak berharga dalam masyarakat, di sana sini disingkirkan orang. Si kutuk = sebenarnya sekutuk. Satu kutuk sama dengan 4 genggam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Taruh beras dalam padi. | Rahsia hendaklah disimpan baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada beras, taruh dalam padi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada beras, taruh dalam padi. | Rahsia hendaklah disimpan baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Taruh beras dalam padi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |