Siapa makan cabai (= lada), ialah berasa pedas (= kepedasan). | Yang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berjumpa dengan putih, terlesi sangat. | Tidak berasa puas dengan sesuatu yang telah diperoleh. lesi (lesih) = terlalu putih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti orang kecabaian. | Sangat gelisah. kecabaian = berasa panas pada mulut (tangan dan sebagainya) kerana kena cabai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai melulus baju sempit, bagai terbuang kesisipan. | Berasa senang kerana terlepas daripada kesukaran. kesisipan = kemasukan duri dalam daging. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Barang siapa yang berketuk, ialah yang bertelur. | Siapa yang berasa bila disindir maka dialah yang bersalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa berkotek, siapa bertelur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Orang penggamang mati jatuh, orang pendingin mati hanyut. | Siapa yang tidak mempunyai keberanian, akan gagallah usahanya. gamang = berasa takut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siapa sakit, siapa menyiuk. | Yang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh, b. Siapa makan cabai [= lada], ialah berasa pedas [= kepedasan]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |