Telah berasap hidungnya. | Sudah mendapat kesenangan setelah lama menderita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dapur tidak berasap. | Terlalu miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan puntung berasap jua. | Perselisihan (perkara) yang sudah selesai itu jangan diungkit-ungkit lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Zaman puntung berasap. | Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Zaman Tuk Nadur berkajang kain). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Api padam puntung berasap. | Perkara yang telah putus, tetapi ditimbulkan kembali. puntung = sisa kayu api yang dibakar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |