Tolak tangga berayun kaki, peluk tubuh mengajar diri. | Membuang kehidupan yang sudah senang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mabuk kerana beruk berayun. | Gilakan wanita cantik yang tak mungkin didapat; asyik melihat sesuatu yang tidak berguna. (Bandingkan dengan: Dilengah [= dimabuk] beruk berayun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dilengah (= dimabuk) beruk berayun. | Asyikkan sesuatu yang tidak ada gunanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Dirintang siamang berbuai). (Bandingkan dengan: Mabuk kerana beruk berayun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dirintang siamang berbuai. | Asyikkan sesuatu yang tidak ada gunanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Dilengah [= dimabuk] beruk berayun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nan berseluk urat, nan berjumbai akar, nan berlambai pucuk. | Kaum keluarga itu sekalipun sudah berjauhan tetapi perhubungan masih tetap ada. seluk = lilit, belit; lambai = berayun-ayun turun naik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |