Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.gai] | برباݢاي

Definisi : berbanding, bersamaan: Raja Kida Hindi ada beranak seorang perempuan yg amat baik parasnya, tiada ada ~ pd masa itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ba.gai] | برباݢاي

Definisi : ada bandingnya; ada sepertinya; ada persamaannya: Raja Kida Hindi ada beranak seorang perempuan yg amat baik parasnya, tidak ~ pd masa itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbagai

Peribahasa

Adat muda menanggung rindu.

Bermaksud :

Orang hidup harus menanggung berbagai-bagai percubaan (senang, susah, sakit dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Dipanggang tiada hangus.Selamat dalam menempuh berbagai-bagai percubaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat muda menanggung rindu.Orang hidup harus menanggung berbagai-bagai percubaan (senang, susah, sakit dan sebagainya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai tanduk diberkas.Sangat susah hendak menyatukan orang-orang yang berbagai-bagai fikirannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai mengepal pasir kering).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pusat jala pumpunan ikan.Menjadi tempat tumpuan atau menjadi pusat berbagai-bagai hal. pumpunan = tempat berkumpul.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat tua menahan ragam.Orang tua-tua terpaksalah menahan (menderita) berbagai-bagai godaan yang tak menyenangkan hati kerana perbuatan anak cucunya yang tiada berjalan di atas kebenaran.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai mengepal pasir kering.Sangat susah hendak menyatukan orang-orang yang berbagai-bagai fikirannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Satu pintu kalau tertutup, sepuluh pintu lagi terbuka.Sesuatu perkara yang tak dapat dirahsiakan lagi; berbagai-bagai macam jalan dan usaha mencari rezeki.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas