| Anak seorang, menantu malim. | Sangat berbahagia. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak baik, menantu molek). malim = ahli agama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Anak baik, menantu molek. | Sangat berbahagia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pisang masak separak. | Keluarga yang senang dan berbahagia hidupnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Padi setangkai bernas semuanya. | Keluarga yang hidupnya beruntung dan berbahagia. bernas = berisi penuh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Membuangkan nasinya yang tersaji di lutut. | Meninggalkan pekerjaan yang senang lalu mencari pekerjaan yang susah. nasi di lutut = untung baik, nasib orang yang berbahagia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |