Pipit tuli makan berhujan, tak ditahan (dihalau) padi habis, hendak (= bila) dihalau kain basah. | Serba salah jika berurusan dengan orang yang degil: jika dibiarkan jadi rosak, jika ditegur tiada diikuti; serba salah di dalam sesuatu pekerjaan yang sulit, dikerjakan berbahaya, tak dikerjakan berbahaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Melangkahi ular. | Melakukan sesuatu yang sangat berbahaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bergantung di hujung kuku. | Dalam keadaan yang sangat berbahaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bergantung [di] rambut sehelai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bergantung (di) rambut sehelai. | Dalam keadaan yang sangat berbahaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nyawa bergantung di hujung kuku (= rambut). | Dalam keadaan yang sangat berbahaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Katib (khatib) lalu katib (khatib) mati, bilal lalu bilal mati. | Tempat yang berbahaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. | Untung-untungan dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang berbahaya dan sebagainya; tidak ada orang yang dapat menghindari nasibnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana lembu dogol (= dungkul), tak boleh ditanduk hanya (= cuma) disondol. | Orang yang suka menggertak (mengancam) tetapi tidak berbahaya. dogol = tidak bertanduk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau tak takut akan mati, tak sedunia perang; kalau tak takut akan alah, tak sedunia sabung. | Berperang dan menyabung merupakan pekerjaan yang amat berbahaya tetapi digemari orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |