Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bai/] | برباءيق

Definisi : tidak bermusuhan (bertengkar dll): orang kampung tertanya-tanya mengapa dia ~ dgn orang yg sejahat itu; ~ semula berdamai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bai/] | برباءيق

Definisi : 1 berlaku baik (terhadap seseorang); tidak bermusuhan: Aku tidak ingin ~ dgn orang yg suka membuat fitnah spt dia. 2 berdamai kembali (setelah berkelahi): Jangan turut campur dlm hal anak-anak, hari ini mereka berkelahi, esok lusa ~ kembali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbaik

Peribahasa

Biduk lalu kiambang bertaut.

Bermaksud :

Dua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Bandingkan dengan: Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang.Orang berkelahi atau bertengkar yang akhirnya berbaik kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biduk lalu kiambang bertaut.Dua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Bandingkan dengan: Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak.Dua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Peribahasa lain yang sama makna: Biduk lalu kiambang bertaut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cencang air tidak putus, pancung abu tak berbekas.Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga.Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas