Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.las] | بربالس

Definisi : 1. menjawab, menyahut: maka ~lah suara dr dlm rumah; 2. dijawab: cintanya tidak ~; 3. balas-berbalas: kedua–duanya pun ~ pantunlah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ba.las] | بربالس

Definisi : saling menyoal dan menjawab: Peraduan ~ pantun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbalas

Puisi
 

Bertanak periuk besar,
     Nasinya berulas-ulas;
Pantun sesama besar,
     Bunyinya berbalas-balas.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Hempas tulang tak berbalas jasa.

Bermaksud :

Berpenat telah tetapi tidak ada hasilnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tepuk berbalas, alang berjawab.Jahat dibalas dengan jahat, baik dibalas dengan baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hempas tulang tak berbalas jasa.Berpenat telah tetapi tidak ada hasilnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Alang berjawab, tepuk berbalas.Baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat. alang = pemberian, hadiah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai bertepuk sebelah tangan.Cinta kasih yang tidak berbalas. (Peribahasa lain yang sama makna: Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.Cinta kasih yang tidak berbalas. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bertepuk sebelah tangan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Alang dijawat, tepuk dibalas.Baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Alang berjawab, tepuk berbalas). jawat = terima.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas